Saturday, September 15, 2012

air terjun sungai chiling, sanctuary ikan, kuala kubu bharu

            Assalamualaikum..hah! ni cite yang paling excited aku nak share. Memandangkan aku dikurniakan seorang best friend yang sangat cocok, maka dapatlah aku laksanakan hobi aku yang dah lama sangat terpendam. Meneroka air terjun,..mr buddy pun suka air terjun juga. Terbaikkan kan..kan?..kan?. 9 September ritu, kami bersama kak dah (kakak mr buddy), amira a.k.a yu (adik bongsu mr buddy) dan abang iparnya iaitu abang norm pergilah ke air terjun sg chilling. Cantik bangat kata orang indon.
          Malam sebelum menerjah air terjun tu, kami keluar beli kasut yang cam kasut croc tu tapi jenama angry bird..hehehehe. Kawan mr buddy dah gitau awal-awal, kalau nak pergi sana better sesangatlah pakai kasut croc sebab lagi selasa nak berjalan dalam air dan tak berat.
         Dan keesokan arinya, pukul 6.15pagi mr buddy dah kejut aku bangun tidur. Pergi awal katanya lagi bagus, tak ramai orang. Pukul 6.45 camtu mr buddy datang ambik aku kat umah abang aku kat Kota Damansara...pastu pergi isi minyak dan pecut ke Selayang. Packing barang mana yang patut dan bertolak ke Kuala Kubu Bharu. Dari Selayang lebih kurang sejam perjalanan, kami bertolak pukul 9.30pagi. Jalan tak payah cakaplah, cam ular kena palu. Tapi laaayyyaaaaan.
        Masuk je kawasan Kuala Kubu Bharu cam lega sikit, tempatnya tak tahu lagi. Ikut signboard dan tanya orang je. Sampailah kami jumpa Empangan Sungai Selangor yang nampak cantik sangat dari jauh. View dari situ memang indah lah waktu pagi tapi aku tak sempat nak snap. Tepat pukul 10.15 pagi kami berjaya sampai ke Sg Chiling, bunyi air terjun dah menderu mengamit kami (ewah ayat!). Bawak barang mana yang patut dan terus menapak ke pintu gerbang.

senyum sebelum mendaki

mr buddy and me

ni la pintu gerbangnya..
sini bukak hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja ya..


        Pastu kami meneruskan perjalanan ke tempat perndaftaran plak. Kena daftar nama berapa orang yang masuk dan waktu masuk. Bayaran plak cuma seringgit satu kepala. 
mr buddy buat tarian kepak-kepak..

kawasan lapang tempat pendaftaran

kaunter pendaftaran..


makan nasi kerabu..
bagi ada energy sebelum ke air terjun

      Kat tempat pendaftaran ni, disediakan surau ngan bilik air senang nak tukar baju dan bersolat. Kawasan lapang kat bawah ni je yang boleh berkhemah dan masak-masak. Kat atas dilarang sama sekali.
peta laluan ke tempat air terjun

anak ikan kelah yang berenang-renang keriangan..
disini larang memancing okay..

titi gantung


           Dah kenyang makan nasi kerabu, baru kami memulakan perjalanan ke air terjun yang memakan masa 45minit perjalanan.Sebenarnya kalau ikut peta kami sepatutnya melintasi 5 buah anak sungai, tapi kami cuma melintasi 4 buah anak sungai je, mungkin dah banyak shortcut ke situ.

sempat jugak nak snap gambarnya..
buat kenangan..


ikut arahan ye..



mr buddy cayang

hati-hati..

cantik kan???

with yu..adek mr buddy


dilarang..



akhirnya sampai ketempat yang dituju

       Akhirnya selepas 45 minit perjalanan dari tempat pendaftaran sampailah kami ketempat yang kami ingin tuju. Sebenarnya kat bahagian atas ada lagi kawasan yang lagi cantik, tapi mungkin lain kali pulak kami daki. Nak rehat-rehat minda dan jom bersantai. Jom..jom..jom..

minah and mat salleh pon ada tau


air dia cejuk wooo





konon nak tangkap ikanlah..sampai sudah tak dapat









mr buddy beraksi,...
cepuuuuuurrrrr...








comelkan selipar croc angry bird saya..
comelkan..kan..kan..







           Puas berendam, main air, makan spagetti kak dah buat,tangkap ikan dan segala bagai. Kami menapak turun pukul 1.45 sebab hujan dah renyai-renyai dan sampai kat tapak pendaftaran pukul 2.30. Tukar baju yang dah basah lecut dan bersiap tuk balik Selayang. bye..bye..


3 comments:

  1. dah lama x ke sg chiling ni... nmpak mcm dah byk kemudahan... tq4 de info

    ReplyDelete
    Replies
    1. same2 :)...antara air terjun yg cntik dn terjaga..

      Delete
  2. ini kat mana eh?? boleh tak tolong bagi alamat kami sekeluarga nak p tapi xtaw kat mana...tempat dy....boleh x bgy taw tq...��

    ReplyDelete